Renang Kemerdekaan Merentasi Laut Selat Dinding pada Sabtu (31 Ogos 2019)

8 kanak-kanak yang berumur diantara 9 hingga 18 tahun ini akan berenang dari Pulau Pangkor ke Lumut, jarak lebih kurang 9 kilometer tanpa sangkar. Lebih dikenali sebagai “The Kelah Swimmer” : kanak kanak ini ada diantara mereka yang Autisme, Dyslexia dan Environment Depression.
Oleh itu, mohla kome datang menyokong Renang Kemerdekaan Merentasi Laut Selat Dinding pada Sabtu (31 Ogos 2019).

Sempena Hari Kemerdekaan, mereka akan berenang sejauh 9 kilometer sebagai satu penghormatan untuk memperingati kisah Sultan Iskandar Shah yang Berjaya mendapatkan semula selat dinding dan penjajah. Selain itu, membawa mesej untuk menyelamatkan hidupan marin dan katakan tidak kepada pembuangan sampah di dalam laut.

Mereka juga perlukan dana beserta sokongan dari pihak sponsor dan orang ramai untuk meneruskan kesinambungan dalam mengejar impian mereka.
Moh jadikan impian mereka sebuah kenyataan!

Untuk maklumat lanjut boleh merujuk kepada Pejabat: 05-6888546 atau Puan Arda: 016-5404086

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*