PROGRAM XPLORASI KAMPUS TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI ONLINE KPTM

22 OKTOBER 2020, 10.30 PAGI

Program XPlorasi Kampus kali ini dijalankan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Ipoh. Program ini bertujuan untuk mempersiapkan pelajar pelajar sebelum latihan industri.
Pengisian program kali ini disampaikan oleh Encik Roslan Abdullah, Pengarah Pelan Strategik Salutica Bhd. Pelbagai kandungan yang telah dikongsikan oleh Encik Roslan bersama pelajar-pelajar KPTM Ipoh.

Antara intipati Program XPlorasi Kampus adalah tips persediaan temuduga, komponen penting dalam resume, tips menjalani latihan industri, tips mencari kerja pasca covid dan juga slot soal jawab dari pelajar-pelajar KPTM Ipoh berkaitan latihan industri seperti kepentingan CGPA, tingkah laku, dan lain-lain.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar KPTM Ipoh kerana memberikan kerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program XPlorasi Kampus kali ini. Diharapkan kerjsama antara KPTM Ipoh dan Pihak PASAK boleh diteruskan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*