PROGRAM XPLORASI KAMPUS – KEMAHIRAN INTERPERSONAL : PENYEDIAAN RESUME DAN COVER LETTER BERSAMA UKM

28 Disember, 8.30-10.30 malam

Program anjuran PASAK dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan (PERMADARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program tersebut dihadiri oleh Encik Tan Yao Xiong yang merupakan Pegawai Psikologi , Pusat Pembangunan Karier UKM, Encik Muhammad Firdaus yang merupakan Alumni FTSM UKM dan juga Ketua Unit UPD, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan moderator Nazirul Amzar yang merupakan Exco Permadari.Perkongsian berkenaan merupakan Inisiatif Kerajaan Negeri Perak kepada mahasiswa-mahasiswa dan graduan-graduan.

Program ini bertujuan mendedahkan peserta tentang persediaan temuduga yang merangkumi sebelum temuduga, semasa temuduga, dan selepas temuduga dan juga taklimat persediaan temuduga, sama ada secara fizikal, mahupun atas talian. Selain itu, taklimat yang disampaikan oleh Encik Tan Yao Xiong dan Encik Firdaus juga turut berkongsi kepada peserta tentang tips penulisan resume yang bagus serta pemakaian yang sesuai semasa temuduga sama ada secara fizikal mahupun secara maya. Seramai 210 peserta terdiri daripada Mahasiswa UKM telah hadir ke program tersebut menggunakan platform Microsoft Teams.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.Muhammad FirdausKetua Unit UPD, PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*