PROGRAM XPLORASI KAMPUS : FORUM GROW WITH YOUTH

PROGRAM XPLORASI KAMPUS : FORUM GROW WITH YOUTH
IPOH
9 Oktober 2021 (Sabtu) | 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom bermula 9 pagi sehingga 1 petang. Ucaptama bagi Forum ini disampaikan oleh Tan Sri Prof. Dato’ Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah dan Panel bagi Forum ini ialah Prof Datuk Dr Mohammed Hatta Shaharom, Presiden Pertubuhan Terapi Psikospiritual Malaysia.
Forum ini bertujuan untuk membina generasi muda prihatin melalui perhubungan antara kedamaian dan kekacauan jiwa serta persediaan dalam pendidikan dan pekerjaan.
Forum ini telah melibatkan seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan dan belia dari UTP, USAS UTAR dan UPSI. Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia Negeri Perak.
Terima kasih diucapkan kepada Prof Datuk Dr Mohammed Hatta Shaharom, atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat, kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri ke program ini. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.
Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada penganjur Bersama, iaitu pihak Universiti Teknologi PETRONAS, Univerisiti Sultan Azlan Shah, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Pendidikan Sultan Idris serta badan advokasi kesihatan mental SAYA iaitu IKRAM Muda.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*