PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA SILVERSTONE BERHAD DALAM MEMBANTU PEKERJA BAKAL TERJEJAS

Taiping – 28 Februari 2021, 12.00 Tengah Hari

Satu Program Temuduga Terbuka yang dijalankan oleh Silverstone Berhad dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Invest Perak dan NCER telah dilaksanakan hari ini. Objektif program ini adalah sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam membantu pekerja yang bakal terkesan akibat penutupan operasi kilang Silverstone sepenuhnya pada Jun 2021.Sebanyak 3 syarikat telah menjalankan sesi temuduga iaitu CARSEM (M) Sdn Bhd, ONETEXX Sdn Bhd dan Excel Rim Sdn Bhd yang menawarkan lebih kurang 500 peluang pekerjaan.

Turut hadir bersama memantau perjalanan program ini adalah YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Exco Kerajaan Negeri Perak, merangkap Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).Pada masa yang sama, pihak PASAK juga melaksanakan pendaftaran kursus di bawah Program Transformasi Pekerjaan dengan menawarkan kursus peningkatan kemahiran seperti kursus Pembuatan Pastri Dan Kek, Building Services – Electrical, Plumbing, Aircond, Kursus Asas Gunting Rambut, Kursus Asas Menyelenggara Enjin dan Kursus Membaiki Enjin Bot Kecil.

Selain itu PASAK turut menawarkan khidmat pendaftaran pekerjaan dan juga profiling kepada pekerja terlibat untuk memadankan peluang-peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan pengalaman pekerja. Diharapkan usaha-usaha ini akan dapat membantu pekerja-pekerja Silverstone dari masa ke semasa dengan kerjasama erat bersama rakan strategik. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 3 Petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*