Program Temuduga Terbuka Dan Pendaftaran Kursus Bersama Pekerja Imperial Garment

IPOH – 19 SEPTEMBER 2020, 10.00 PAGI
Imperial Garments Sdn Bhd merupakan syarikat oleh pelabur dari Hong Kong di bawah Kumpulan Syarikat TAL.
Imperial Garments ini wujud pada tahun 1972 dan merupakan antara syarikat pengeluaran fabrik dan pakaian terbesar di Perak.
Imperial Garments antara syarikat yang terkesan dengan Covid-19 dan akan menutup operasi sepenuhnya pada Mei 2021.
Satu sesi temuduga terbuka telah diadakan di Imperial Garments Sdn Bhd yang melibatkan dua buah syarikat iaitu Eastern Decorator Sdn Bhd dan Comfort Rubber Sdn Bhd.
Sesi ini telah dihadiri oleh 38 orang pekerja dan bekas pekerja Imperial Garments Sdn Bhd.
Pada masa yang sama, pihak PASAK juga melakukan pendaftaran kursus di bawah program WRS.
Antara kursus yang ditawarkan pada hari ini adalah Spa dan Urutan Selepas Bersalin, Asas Jahitan dan Jahitan Langsir, serta kursus pemasangan, penyelenggaraan dan membaikpulih penyaman udara.
Kursus akan dijalankan selama sebulan, peserta diberikan elaun sepanjang kursus, sekiranya peserta menunjukkan potensi yang baik, akan diserapkan masuk ke syarikat oleh majikan.
Diharapkan usaha-usaha ini akan dapat membantu serta meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik yang melanda negara ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*