Program Sukarelawan (CSR Brisk) Kolej Komuniti Bagan Datuk Bersama Belia Bagan Datuk

BAGAN DATUK – 15 OGOS 2020, 9.00 PAGI

PASAK bersama belia Bagan Datuk bersama-sama menjayakan Program Sukarelawan (CSR BRISK) Kolej Komuniti Bagan Datuk merupakan program tahunan Kolej Komuniti kepada masyarakat setempat khususnya belia pada tahun ini.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan sikap kesukarelawan di dalam kalangan pelajar bersama masyarakat. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkat kemahiran yang sedia ada serta berkongsi pengetahuan dengan masyarakat setempat.

Program ini juga membentuk jati diri, sahsiah pelajar dalam mempersiapkan diri untuk berbakti kepada masyarakat. Antara kursus yang ditawarkan secara percuma adalah kursus asas dron, kursus asas Microsoft Powerpoint (suntingan gambar), servis asas motosikal.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Shahrul Zaman B Dato Yahya. Terima kasih kepada semua yang telah hadir ke program ini. Ikuti media sosial kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*