Program Motivasi Kerjaya Orang Asli

Parit – 19 September, 10.00 Pagi
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan haluan kerjaya dan peluang- peluang latihan di Kg Sg.Perah yang melibatkan 40 masyarakat orang asli suku Semai disini.
Taklimat telah disampaikan oleh En.Fikri Junit selaku Pengurus Besar PASAK yang menerangkan tentang peranan dan fungsi agensi, haluan masa hadapan khususnya kepada masyarakat orang asli.
Program ini telah mendapat sambutan baik daripada penduduk kampung yang turut mendaftar bagi mendapatkan informasi berterusan khususnya melibatkan inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri melalui PASAK.
Program Haluan Kerjaya Senoi Oi ini adalah anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) cawangan Seri Iskandar yang telah dirasmikan oleh ADUN Belanja YB Tuan Khairudin Abu Hanipah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*