PROGRAM MOH KROJE BERSAMA EUNOIA CX SDN BHD

17 April 2021, Ipoh

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama EUNOIA CX SDN BHD dan NCER telah menganjurkan program temuduga terbuka di Pusat Latihan PASAK. Jawatan yang ditawarkan pada hari ini adalah jawatan Language Interpreter (Mandarin/Cantonese dan English). Temuduga terbuka berlangsung bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Sebanyak 200 kekosongan ditawarkan.

Melalui penganjuran program ini, ianya dapat membantu masyarakat terutamanya rakyat Perak untuk mendapatkan pekerjaan. Dan seterusnya, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Pihak PASAK dan EUNOIA CX SDN BHD mengucapkan tahniah & terima kasih kepada semua calon yang berjaya dan hadir pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*