PROGRAM MESRA (MENTERI BESAR BERSAMA RAKYAT) – KERIAN

Bagan Serai, 10 Mac 2021
Program MESRA (Menteri Besar Bersama Rakyat) hari ini mengumpulkan semua jabatan dan agensi di Dewan Dato’Zainal Abidin Zin, Bagan Serai. Sebanyak lebih daripada 10 kaunter perkhidmatan di buka antaranya kaunter Pejabat Tanah & Daerah, Seketariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNPk) dan banyak lagi.
Di kaunter Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) sebanyak 1500 peluang pekerjaan dibuka untuk pendaftaran. Selain itu, kursus membaiki bot dan enjin bot kecil juga ditawarkan khas untuk rakyat di daerah Kerian.
Melalui program seperti ini dapat mendekatkan perkhidmatan awam dengan rakyat. Rakyat secara langsung boleh ke kaunter untuk membuat pertanyaan dan aduan.
Turut hadir ke program adalah Pengarah, Tn Hj Misbahul Munir, Pengurus Besar dan Pengurus Projek PASAK.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dari masa ke semasa.
“TURUN PADANG, SELAMI MASALAH RAKYAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*