PROGRAM KLINIK KERJAYA”KURSUS PENGENDALIAN APLIKASI GOOGLE”

5 DISEMBER 2020, 9.00 PAGI
Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara Atas Talian dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Ipoh dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Program Pengendalian Aplikasi Google ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa, pekerja sedia ada dan pencari kerja mengenai aplikasi-aplikasi google yang boleh digunakan untuk urusan kerja, pendidikan, mengurus aktiviti dan jadual serta mencipta borang secara percuma.
Pengisian program kali ini disampaikan oleh Puan Syazrin Syimee, Google Certified Educator. Antara kandungan yang dikongsi oleh beliau adalah kelebihan dan cara-cara membuat google document, google presentation serta merangka google form dengan kaedah yang betul dan mudah.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Syazrin Syimee atas kesudian berkongsi ilmu dan membuka minda para peserta tentang manfaat yang boleh didapati dengan hanya menggunakan akaun Google.
Terima kasih juga kepada MBD Ipoh dan GPMS Perak atas kesudian untuk bekerjasama dengan PASAK bagi menjayakan program ini. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*