PROGRAM KLINIK KERJAYA”KURSUS BAHASA INGGERIS”

24 APRIL 2021, 10.00 PAGI-12.00 TENGAHARI

Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara Atas Talian yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang penggunaan Bahasa Inggeris yang betul seperti tatabahasa dan imbuhan yang sesuai dalam pertuturan seharian.

Hal ini penting agar peserta dapat menggunakannya di tempat kerja, berkomunikasi dengan orang-orang penting atau sebagai persediaan bagi menghadapi temuduga. Selain itu, Kursus ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mengambil ujian online bagi mengetahui tahap penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing.

Kursus Bahasa Inggeris ini disampaikan oleh Puan Haniza, Ketua Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ungku Omar yang mempunyai pengelaman selama 25 tahun dalam bidang pendidikan.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*