Program Klinik Kerjaya : Pendedahan Awal Aliran TVET Bersama Kolej Komuniti Manjung

MANJUNG – 10 SEPTEMBER 2020, 2.00 PETANG
Majlis Perasmian Program Klinik Kerjaya : Pendedahan Awal Aliran TVET Bersama Kolej Komuniti Manjung ini dihadiri oleh Encik Zul Iskandar yang merupakan Pengurus Projek PASAK, Encik Hishamudin yang merupakan Pengarah Kolej Komuniti (KK) Manjung dan Encik Izzuddin Ali Hassan yang merupakan Pengetua SMK Batu 10, Lekir.

Kursus yang dipelajari untuk kali ini pula adalah cara membuat “envelope purse”, di mana pelajar membuat 2 envelope purse. Dimana satu envelope mempunyai butang manakala yang kedua mempunyai zip. Pelajar juga didedahkan dengan teknik jahitan dan lipatan yang berbeza bagi setiap envelope purse ini. Pelajar juga diberi peluang untuk membawa peluang envelope purse yang dijahit oleh mereka.

Di samping itu, pelajar juga didedahkan dengan seni Tekat. Seni tekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Program Pendedahan Awal Aliran TVET ini akan terus dijalankan dan bukan hanya terhenti setakat 1 program sahaja. Pengetua SMK Batu 10 juga menyatakan kegembiraan beliau melihat program ini berjaya dijalankan dengan bantuan KK Manjung dan juga PASAK. Bukan itu sahaja, PASAK juga telah menandatangani Jalinan Kolaborasi Strategik bersama KK Manjung bagi memudahkan kerjasama pada masa yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*