Program Klinik Kerjaya : Kursus Persediaan Temuduga Siri 2

2 DISEMBER 2020
Persediaan Temuduga ini berlangsung secara online selama satu hari.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang tips persediaan temuduga serta tips penulisan resume yang baik.
Antara kandungan yang dikongsikan oleh penceramah Encik Jerenraj, pegawai Pembangunan Manusia (HR) Finisar Sdn Bhd yang juga berpengalaman dalam Train Of Trainer (TTT) antaranya termasuklah tips pemakaian yang sesuai ketika temuduga, format resume yang bagus, dan kebolehan interpersonal yang majikan perlukan.
Peserta juga didedahkan dengan perkongsian medium yang sesuai untuk pencari kerja.
Terima kasih kepada Encik Jerenraj kerana sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program pada hari ini.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.
Firdaus
Pegawai Eksekutif PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*