PROGRAM KLINIK KERJAYA KURSUS PENGUCAPAN AWAM KOMUNIKASI ATAS TALIAN

1 August 2021, 10.00 PAGI-1.00 PETANG
Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting bermula 10 pagi sehingga 1 petang, di mana wakil PASAK, Encik Firdaus telah dijemput oleh pihak Kem Wawasan Ulu Kenas untuk memberikan perkongsian berkaitan Komunikasi Temuduga Atas Talian. Kursus Pengucapan Awam ‘Komunikasi Atas Talian’ ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan belia, tentang cara berkomunikasi secara atas talian dengan lebih efektif serta bagaimana untuk menangani ketakutan ketika berkomunikasi, serta tips temuduga secara atas talian.
Pengisian program untuk kali ini disampaikan oleh Encik Faqrul Redza, daripada LAP, tentang Pengucapan Awam ‘Komunikasi Atas Talian’ yang dapat memudahkan proses berkomunikasi dan proses menangani miscommunication dan fillers bagi yang sudah bekerja. Seterusnya, Encik Firdaus menceritakan tentang persiapan dari segi komunikasi yang perlu ada di kalangan diri peserta sebelum menghadiri temuduga secara atas talian.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*