PROGRAM KLINIK KERJAYA “KURSUS PENGENDALIAN APLIKASI GOOGLE SIRI 2”

30 JANUARI 2021, 9.00 PAGI

Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara Atas Talian dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Ipoh dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Program Pengendalian Aplikasi Google ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa, pekerja sedia ada dan pencari kerja mengenai aplikasi-aplikasi google yang boleh digunakan untuk urusan kerja, pendidikan, mengurus aktiviti dan jadual serta mencipta borang secara percuma.

Pengisian program untuk siri kedua kali ini disampaikan oleh Puan Syazrin Syimee, yang merupakan Google Certified Trainer. Antara kandungan yang dikongsi oleh beliau adalah mengenai pelbagai aplikasi google iaitu google search engine, penggunaan gmail, google slide, google form dan pelbagai lagi yang dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar dan proses kerja bagi yang sudah bekerja.

Kursus ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet selama 4 jam bermula 9 pagi sehingga 1 petang. Terima kasih diucapkan kepada Puan Syazrin Syimee atas kesudian berkongsi masa, ilmu dan membuka minda para peserta tentang manfaat yang boleh didapati dengan hanya menggunakan akaun Google. T

erima kasih juga kepada MBD Ipoh dan GPMS Perak atas kesudian untuk bekerjasama dengan PASAK bagi menjayakan program ini. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*