PROGRAM KLINIK KERJAYA “KURSUS PENGENDALIAN APLIKASI GOOGLE SIRI 2”

29 July 2021, 9.00 PAGI-1.00 PETANG
Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet selama 4 jam bermula 9 pagi sehingga 1 petang. Program Pengendalian Aplikasi Google ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, belia, pencari kerja dan mereka yang sedang bekerja ada mengenai aplikasi-aplikasi google yang boleh digunakan untuk urusan kerja, pendidikan, mengurus aktiviti dan jadual secara percuma.
Pengisian program untuk siri ketiga kali ini disampaikan oleh Puan Nur Hasni binti Nasrudin, yang merupakan pensyarah dari UiTM Tapah. Antara kandungan yang dikongsi oleh beliau adalah mengenai pelbagai aplikasi google iaitu penggunaan gmail, google slide, google form, google sheet, google drive, dan pelbagai lagi yang dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar dan proses kerja bagi yang sudah bekerja.
Program Klinik Kerjaya kali ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Misbahul Munir, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang dalam ucapan beliau turut menekankan tentang situasi ekonomi semasa disebabkan oleh penularan Virus Covid-19. Oleh yang demikian menurut Pengarah PASAK, program yang dianjurkan PASAK ini mampu membantu masyarakat untuk menambah kemahiran dan skill yang diperlukan terutamanya di pasca covid-19 ini. Selain itu, Pengarah PASAK turut menasihatkan para peserta untuk tidak terlalu memilih pekerjaan di dalam waktu ekonomi yang tidak menentu ini.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Hasni binti Nasrudin atas kesudian berkongsi masa, ilmu dan membuka minda para peserta tentang manfaat yang boleh didapati dengan hanya menggunakan akaun Google.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*