PROGRAM KLINIK KERJAYA – KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS

8 JUN 2021, 9.00 Pagi – 1.00 Petang

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom selama 4 jam bermula 9 pagi sehingga 1 petang. Kursus Pemantapan Bahasa Inggeris ini dijalankan oleh Puan Nurul Nadwa Ahmad Zaidi, Encik Syahir Rani, Puan Madaha Hanafi dan Cik Norhidayati , Pensyarah daripada UiTM. Resume video adalah ringkasan mengenai pengalaman profesional, kelayakan dan minat pemohon pekerjaan yang diserahkan kepada calon majikan dalam bentuk video dan Bahasa Inggeris.

Kursus ini telah melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja dari seluruh negeri Perak. Kursus Pemantapan Bahasa Inggeris ini juga mendedahkan peserta tentang cara membuat resume video pendek yang perlu dibuat oleh calon pekerjaan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, peserta didedahkan juga tentang tips temuduga dan juga komunikasi di tempat kerja (Workplace Comunication).

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurul Nadwa Ahmad Zaidi, Encik Syahir Rani, Puan Madaha Hanafi dan Cik Norhidayati atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*