PROGRAM KLINIK KERJAYA – KURSUS MICROSOFT EXCEL (ADVANCE)

10 JUN 2021, 9.00 Pagi – 1.00 Petang

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom selama 4 jam bermula 9 pagi sehingga 1 petang. Kursus ini dijalankan oleh Puan Nur Hasni , Pensyarah daripada UiTM. Microsoft Excel dapat digunakan untuk berbagai macam pekerjaan seperti menyusun data, mengira data, menyediakan data serta dapat menganalisa data.

Kursus ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja dari seluruh negeri Perak. Kursus Microsoft Excel ini juga mendedahkan peserta tentang cara memasukkan data dari pelbagai sumber seperti pangkalan data, website, boring mudah dan boring dinamik. Selain itu, peserta didedahkan juga tentang pembersihan data, integrasi Excel kepada Word, 3D summary, fungsi vlookup dan IF.Terima kasih diucapkan kepada Puan Nur Hasni atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat.

Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*