PROGRAM KLINIK KERJAYA – KURSUS KOMUNIKASI INTERPERSONAL

19 DISEMBER 2020, 9.00 Pagi – 1.00 Petang
Program Klinik Kerjaya yang telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara berkomunikasi secara efektif serta bagaimana untuk menangani ketakutan ketika berkomunikasi.
Pengisian program kali ini disampaikan oleh Encik Haslizar , dari i-Lead, Kementerian Belia dan Sukan. Antara pengisian yang dikongsikan termasuklah mengenai “high impact Presentation” dan Neuro Linguistic-
Programming. Ia dapat membantu para peserta dalam memperbaiki cara berkomunikasi semasa bekerja mahupun semasa temuduga pekerjaan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Haslizar atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*