PROGRAM KLINIK KERJAYA – KURSUS JOM BELAJAR CODING : PYTHON PROGRAMMING

26 DISEMBER 2020, 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Program Klinik Kerjaya yang telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Skype ini dengan kerjasama Persatuan Sains Teknologi & Multimedia Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).Kursus Python Programming ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang kaedah pengaturcaraan yang merupakan satu set perkataan atau simbol dan aturan yang digunakan untuk membina arahan kepada komputer untuk dilaksanakan.

Pengisian program kali ini disampaikan oleh Encik Dafizal Bin Derawi, Ketua Eksekutif DRABOT. Antara pengisian yang dikongsikan termasuklah mengenai teori pengaturcaraan, asas Fortran program, Phyton While Loop dan fungsi bagi setiap kod program.Selain itu, para peserta turut diberi beberapa latihan coding oleh penceramah. Langkah tersebut adalah bagi menggalakkan peserta berupaya menyelesaikan masalah menggunakan coding atau kod arahan dalam bahasa pengaturcaraan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Dafizal atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*