PROGRAM KLINIK KERJAYA : KURSUS ETIKA MAJLIS RASMI DI KOLEJ KOMUNITI SG. SIPUT

Sungai Siput – 7 NOVEMBER 2020
Latihan Pengurusan Program Majlis Rasmi ini berlangsung di Kolej Komuniti Sungai Siput (KK Sg Siput) selama satu hari.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang tatacara dan protokol sebelum, semasa dan selepas acara majlis rasmi dilaksanakan.
Turut hadir untuk memeriahkan program tersebut, Puan Rosni Binti Hamat, Timbalan Pengarah Akademik KK Sungai Siput.
Antara kandungan yang dikongsikan oleh penceramah selaku pensyarah Kolej Komuniti, Puan Nor Fazelah antaranya termasuklah aspek pengurusan majlis, peranan penyambut tetamu, susunan keutamaan tempat duduk, teknik membuat skrip pengacara majlis formal dan impromptu, latihan amali pengurusan majlis rasmi, tatahias pakaian dan gaya.
Peserta juga didedahkan dengan suasana perjalanan dan etika majlis rasmi sebenar ketika slot mock bagi majlis rasmi.
Penutup majlis disempurnakan oleh Ketua Projek PASAK, Encik Zul Iskandar. Terima kasih kepada pihak KK Sungai Siput sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program pada hari ini.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*