PROGRAM KLINIK KERJAYA – KURSUS ASAS REKA GRAFIK

27 MEI 2021, 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom selama 3 jam bermula 10 pagi sehingga 1 petang. Kursus Asas Reka Grafik ini dijalankan oleh Puan Siti Rozanae, Pensyarah Kanan UiTM Perak kampus Tapah.

Kursus ini telah melibatkan seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja dari seluruh negeri Perak. Software “inkscape” digunakan untuk kursus ini bagi memberi pendedahan asas kepada peserta tentang reka grafik. Peserta didedahkan dengan konsep layer, objek, warna dan lain-lain. Para peserta juga diminta untuk membuat tugasan iaitu membuat 1 poster bagi program Kursus Grafik.

Terima kasih diucapkan kepada En Puan Siti Rozanae, Pensyarah Kanan UiTM Tapah atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*