PROGRAM KLINIK KERJAYA – KURSUS ASAS PENGATURCARAAN

1 JUN dan 3 JUN 2021, 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom selama 3 jam bermula 10 pagi sehingga 1 petang. Kursus Asas Pengaturcaraan ini dijalankan oleh Puan Noor Faridatul Zainal, Pensyarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus ini bagi memberi pendedahan berkaitan Input Output and simple arithmetic operation, Data types and operators, Decision Control Statement: if and switch, Type Casting dan Loop Control Statement: for, while and do-while iaitu Asas Bahasa Pengaturcaraan Java (Java Language Programming).

Kursus ini telah melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, graduan, dan pencari kerja dari seluruh negeri Perak. Kursus Asas Bahasa Pengaturcaraan Java (Java Language Programming) ialah bahasa programming yang asas dan digunakan secara meluas, serta boleh digunakan dalam pelbagai sistem. Peserta juga dapat mempelajari tentang operation (arahan) mudah menggunakan software Eclips.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Faridatul Zainal, atas kesudian berkongsi idea yang sangat bermanfaat, menarik, dan mudah difahami oleh para peserta yang terlibat.

Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*