PROGRAM KLINIK KERJAYA “KURSUS ASAS BAHASA MANDARIN”

4-5 DISEMBER 2020, 9.00 MALAM
Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara Atas Talian dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tambun.
Kursus Asas Bahasa Mandarin ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada mahasiswa, pekerja sedia ada dan pencari kerja mengenai asas Bahasa Mandarin untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ketiga.
Pengisian program kali ini disampaikan oleh Cik Nur Hidayatullah binti Norazhar,. Antara kandungan yang dikongsi oleh beliau pada minggu pertama adalah pengenalan diri, huruf vokal dan konsonan, nombor dan kaedah sebutan nama dalam Bahasa Mandarin.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu sepanjang minggu pertama dan minggu-minggu yang akan datang.
Terima kasih juga kepada Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tambun di atas kesudian untuk bekerjasama dengan PASAK bagi menjayakan program ini. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*