PROGRAM KLINIK KERJAYA BERSAMA JKM PERAK

2 & 3 Ogos 2021, 10.00 PAGI-4.00 PETANG


Program Klinik Kerjaya kali ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak. Program Klinik Kerjaya kali ini mengandugi 3 sesi, iaitu Sesi pertama, Kursus Komunikasai dan Interpersonal di mana PASAK telah menjemput Encik Faqrul Redza dari Lembaga Air Perak sebagai penceramah. Kursus ini memberikan pendedahan kepada para peserta tentang cara berkomunikasi secara dengan lebih efektif serta bagaimana untuk menangani ketakutan ketika berkomunikasi.


Sesi kedua pula ialah Taklimat berkaitan Penulisan Resume dan Persediaan temuduga yang disampaikan oleh Puan Norhayati dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Sesi kedua ini memberi pendedahan kepada peserta tentang komponen penting di dalam pembentukan resume dan juga tips bagi persediaan sebelum menghadiri temuduga pekerjaan.


Sesi ketiga iaitu sesi terakhir pula ialah Sesi Mock Interview yang dijalankan oleh Puan Saripah Rodiah, seorang yang berpengalaman dalam bidang Sumber Manusia. Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk merasai pengalaman semasa temuduga sebenar, dan dapat memperbaiki kesilapan semasa menjawab soalan di dalam temuduga.


Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Panel yang terlibat memberikan perkongsian kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak atas kesudian bekerjasama dengan pihak PASAK bagi menjayakan program ini. Semoga apa yang dikongsikan semasa klinik kerjaya ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*