PROGRAM KARNIVAL KERJAYA AADK NEGERI PERAK

28 OKTOBER 2020, 9.00 PAGI

Pihak PASAK telah bekerjasama dengan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak AADK Perak (AADK) untuk Program Karnival Kerjaya AADK Negeri Perak yang diadakan di Dewan Bankuet, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ipoh.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar iaitu Orang Kena Pengawasan (OKP) dan juga menyampaikan maklumat berkaitan kerjaya yang akan diceburi kelak.

Slot pertama iaitu slot Motivasi Bina Inspirasi Generasi (B.I.G) disampaikan oleh Encik Ahmad Afifi, Eksekutif Perhubungan Korporat PASAK. Perkongsian yang disampaikan adalah berfokus kepada membangunkan potensi diri dan memantapkan sahsiah dengan sentiasa memandang kehadapan dan terus bersama mengaplikasikan nilai positif dalam diri.

Selain itu, Perkongsian Pengalaman Kisah Kejayaan Kerjaya oleh bekas klien juga telah dikongsikan bersama para peserta.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Tuan Mubin Salleh, Pegawai Khas Menteri Besar Perak.

Bukan itu sahaja, lawatan ke booth-booth pameran termasuk booth dari pihak PASAK oleh tetamu-tetamu terhormat turut dijalankan. Pihak PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak AADK diatas jemputan ke program kali ini. Diharapkan kerjasama antara pihak AADK dengan pihak PASAK boleh diteruskan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*