Program Jelajah Kerjaya Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ Parlimen Gerik @ DUN Pengkalan Hulu

GERIK – 9 SEPTEMBER 2020, 9.00 PAGI

Skuad Ronda PASAK telah turun ke Kamunting. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Pasar Pagi dan Pasar Malam Pengkalan Hulu dan Pusat Khidmat ADUN Pengkalan Hulu. Khidmat yang diberikan oleh pasukan Jelajah Kerjaya Skuad Ronda ‘Moh Kroje’ pada kali ini adalah pendaftaran kerjaya, ‘Drop Resume’, pendaftaran Skim Latih & Kerja (WorkPro) dan pendaftaran kursus peningkatan & penambahan kemahiran.

PASAK menyeru kepada orang ramai khususnya yang hilang pekerjaan akibat musibah Covid19 untuk bersama dengan PASAK dalam membina kerjaya baru.

Kami di PASAK akan giat menjalankan promosi khidmat yang ditawarkan dengan lebih bersungguh dan efektif demi membantu rakyat negeri Perak yang memerlukan.Anda terlepas untuk pergi ke lokasi Skuad Ronda? Jangan lupa untuk teruskan mengikuti kami di media sosial untuk mengetahui lokasi Skuad Ronda seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*