Program Ekspo Kerjaya Industri Politeknik Sultan Azlan Shah

BEHRANG- 22 September 2020, 10.00 Pagi
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah berkerjasama dalam menganjurkan Expo Kerjaya & Industri Politeknik Ke 8 (ExKIP8) di Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang hari ini.
Program ini melibatkan seramai 200 orang mahasiswa Tahun Akhir PSAS yang akan mengikuti Latihan Industri.
Sebanyak 6 syarikat yang telah hadir bagi sesi Temuduga Latihan Industri, iaitu Family Mart Malaysia, MCIS Insurance Berhad dan 7 Eleven.
4 syarikat turut mengadakan sesi temuduga Kerjaya yang menumpukan alumni PSAS serta orang awam sekitar Daerah Muallim.
Antara syarikat yang terlibat ialah PHN Industry, Top Glove Sdn Bhd, Chulia Facilities Management, dan Kumpulan Kompas Sdn Bhd.
Yb Tuan Hj.Razman Zakaria turut sempat meluangkan masa meninjau program bersama Pengarah PASAK dimana program akan disambung sehingga 23 September 2020 (Rabu).