PROGRAM EKSPO KERJAYA INDUSTRI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BEHRANG- 23 September 2020, 10.00 Pagi
Expo Kerjaya & Industri Politeknik Ke 8 (ExKIP8) di Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang bersambung semula untuk hari kedua.
Program ini melibatkan seramai 200 orang mahasiswa Tahun Akhir PSAS yang akan mengikuti Latihan Industri.
Sebanyak 8 syarikat yang telah hadir bagi sesi Temuduga Latihan Industri, iaitu Family Mart Malaysia, MCIS Insurance Berhad, 7 Eleven, Malay Sino dan Proton.
4 syarikat turut mengadakan sesi temuduga Kerjaya yang menumpukan alumni PSAS serta orang awam sekitar Daerah Muallim.
Antara syarikat yang terlibat ialah PHN Industry, Top Glove Sdn Bhd, Chulia Facilities Management, dan Kumpulan Kompas Sdn Bhd.
Terima kasih kepada semua yang menghadirkan diri dan menjayakan ExKIP8 kali ini. Diharapkan kerjasama dengan Politeknik Sultan Azlan Shah akan berterusan untuk program-program akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*