PROGRAM AKADEMI BINA INSAN YANG BERTEMAKAN KOMUNIKASI, PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

8 APRIL 2021, Muallim

Pada hari ini telah berlangsung Program Akademi Bina Insan yang bertemakan Komunikasi, Pengurusan dan Kepimpinan bersempena Program Jelajah Menteri Besar (Mesra) di daerah Muallim yang telah disampaikan oleh Dr Zullina Hussain Shaari sebagai Freelance Trainer daripada ZHUS Management Services. Program ini dijalankan di Bilik Seminar, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Program ini melibatkan seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), SMK Proton City dan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK).Semoga program ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar khususnya dalam aspek komunikasi terhadap pelbagai situasi seperti dalam aktiviti pengurusan dan kepimpinan. Dengan usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri mampu memberi impak yang berguna kepada bakal bakal pemimpin di dalam institusi.

Panel lebih menerapkan kerja secara berkumpulan yang akan meningkatkan usaha sama di antara ahli pasukan. Diharapkan program ini dapat menerapkan sifat kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dan kepimpinan untuk masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*