PERTEMUAN SECARA ATAS TALIAN SEKRETARIAT JAWATANKUASA TVET BERSAMA INDUSTRI

27 Mei 2021 | 2.30 Petang

Pertemuan secara atas talian pada hari ini memfokuskan kepada pembentangan daripada penyedia latihan dan industri-industri berlatarbelakangkan telekomunikasi yang berhasrat untuk menyertai Program TVET Modular anjuran secretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak. Pembentangan idea adalah bertemakan Kursus Usahawanan Dalam Perniagaan Telekomunikasi Mudah Alih Asas.

Wakil PASAK telah dihadiri oleh Puan Suat Meay (Penolong Pengurus) dan Unit TVET.Encik Azizul (Ketua Eksekutif Perak Eclat TVET) dan Encik Fadzli Nordin ( Koordinator Projek) turut hadir bersama dalam pertemuan secara virtual hari ini.Pihak syarikat pula dihadiri oleh Encik Dennis Ewe Teik Keong (JOAT Enterprise), Encik Ng Chan Yin (OneX Spirit Enterprise), dan Encik Davin Sidhu (DavDeals Digital Marketing).

Manakala, wakil pusat latihan Proweld Training Centre iaitu Encik Hazizul dan Encik Edward turut hadir dalam mesyuarat kali ini.PASAK sebagai sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan masyarakat setempat untuk membangunkan program TVET di negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*