PERTEMUAN SECARA ATAS TALIAN DI ANTARA PUSAT ASPIRASI ANAK PERAK (PASAK) BERSAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN NEGERI PERAK

 

Platform Zoom Meeting- 12 November 2020

Pertemuan secara atas talian telah dipengerusikan oleh Pengurus Projek PASAK, Encik Zul Iskandar Shah dan disertai oleh Pengarah PASAK serta Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak, Puan Azizah Binti Ahmad.

Pengarah PASAK telah memberi penerangan ringkas berkaitan latar belakang Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan peranan PASAK selaku agensi milik penuh kerajaan negeri Perak.

Seterusnya, antara intipati pertemuan ini adalah perancangan rangkaian jalinan kerjasama untuk program berkaitan di antara PASAK-AADK Perak. Melalui perbincangan di antara PASAK dengan AADK adalah untuk membuka ruang kepada OKP dari segi latihan kemahiran dan hala tuju memperoleh peluang kerjaya dan keusahawanan.

Pihak AADK menyambut baik cadangan program dan bersedia bekerjasama bagi melancarkan perancangan ini di masa akan datang.

Dengan harapan, lebih ramai OKP akan dapat terlibat dan mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional sebagai nilai tambah untuk kehidupan mereka yang mendatang.

Siti Nor Jannah
Eksekutif Unit TVET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*