PERTEMUAN MAHABBAH BERSAMA WAKIL NGO TRASH HERO NEGERI PERAK & PEMUDA GEMA NEGERI PERAK

14 OKTOBER 2020, 2.45 petang
Bilik Mesyuarat Aras 1, Pusat Aspirasi Anak Perak
Pertemuan julung kali pasca Kursus TOT Skuad Relawan PASAK Siri 1 ini melibatkan wakil Pusat Aspirasi Anak Perak(PASAK) dan NGO Trash Hero Puan Norhazira Binti Jalik selaku Pengasas Persatuan Aktivis Trash Hero dan wakil NGO Pemuda GEMA Negeri Perak yang diketuai oleh Puan Nur Hanani Binti Abdul Aziz, Setiausaha GEMA Perak.
Tujuan untuk pertemuan kali ini adalah untuk saling memperkenalkan fungsi dan peranan PASAK khususnya dalam program Akademi Bina Insan dan mengenali dengan lebih dekat peranan dan program yang dijalankan oleh NGO Trash Hero dan Pemuda GEMA Perak.
Bukan itu sahaja, ianya adalah untuk mengadakan perbincangan bagi mengadakan kolablorasi antara PASAK dan Persatuan Aktivis Trash Hero dan Pemuda GEMA Perak.
Selain itu, perbincangan ini juga berfokus kepada memaklum serta menjemput kepada wakil NGO Trash Hero & Pemuda GEMA Perak menyertai program Akademi Bina Insan yang akan diadakan kelak berserta menjalinhubungkan agensi PASAK dengan persatuan belia atau NGO di Negeri Perak.
PASAK amat berbesar hati menerima kunjungan dari pihak NGO Trash Hero Negeri Perak dan Pemuda GEMA Perak, dan kedua-dua belah pihak bersetuju dan membuka ruang dan peluang bagi berbincang semula mengenai perancangan bagi memastikan program yang dilaksanakan di negeri Perak berimpak tinggi hasil daripada pembangunan modal insan dalam kalangan sukarelawan di negeri Perak.
Terima kasih kepada pihak NGO Trash Hero dan Pemuda GEMA Perak atas kesudian menerima jemputan serta memberikan buah fikiran dan sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program-program PASAK.
PASAK sangat terbuka dalam menerima kunjungan daripada mana-mana pihak khususnya yang melibatkan sukarelawan di peringkat belia untuk diberikan latihan dan seterusnya menjayakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan yang bakal diadakan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*