Pertemuan Mahabbah Bersama Wakil Myfundaction Cawangan Perak

9 SEPTEMBER 2020, 10.00 pagi

Pertemuan kali ini melibatkan Norazian bt Mat Isa yang merupakan Pegawai Perhubungan Luar & Antarabangsa, MyFundAction, Nur Amirah Bt Rashidi yang merupakan Pegawai Perhubungan Luar & Antarabangsa dan wakil dari PASAK. Tujuan untuk pertemuan kali ini adalah untuk saling memperkenalkan PASAK & MyFundAction Negeri Perak.

Bukan itu sahaja, ianya adalah untuk mengadakan perbincangan bagi mengadakan sebarang kolaborasi bagi mempelbagaikan program yang berbentuk kesukarelawanan dan kebajikan komuniti dibawah satu entiti iaitu Akademi Bina Insan.

PASAK amat berbesar hati menerima kunjungan dari pihak MyFundAction dan kedua-dua belah pihak akan berbincang semula mengenai perancangan bagi memastikan program yang dilaksankan di negeri Perak berimpak tinggi hasil daripada pembangunan modal insan dalam kalangan sukarelawan di negeri Perak.

Terima kasih kepada pihak MyFundAction kerana memberikan buah fikiran dan sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program-program PASAK. PASAK sangat terbuka dalam menerima kunjungan daripada mana-mana pihak khususnya yang melibatkan sukarelawan di peringkat belia untuk diberikan latihan dan seterusnya menjayakan pelbagai program yang diadakan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*