PERTEMUAN MAHABBAH BERSAMA WAKIL MAJLIS BELIA NEGERI PERAK

23 SEPTEMBER 2020, 10.00 pagi
Pertemuan kali ini melibatkan En Ahmad Shah selaku Timbalan Majlis Belia Negeri, En Izzudin Haris, Setiausaha MBN dan En John Kennedy Penolong Setiausaha MBN dan wakil dari PASAK.
Tujuan untuk pertemuan kali ini adalah untuk saling memperkenalkan fungsi dan peranan PASAK & Majlis Belia Negeri Perak.
Bukan itu sahaja, ianya adalah untuk mengadakan perbincangan bagi mengadakan kolablorasi antara PASAK dan MBN selaku badan penyelaras NGO & Persatuan Belia Negeri Perak.
Selain itu, perbincangan ini juga berfokus kepada mempromosikan kepada badan- badan gabungan didalam MBN bagi menyertai program Akademi Bina Insan yang akan dijalankan pada 3 & 4 Oktober nanti.
PASAK amat berbesar hati menerima kunjungan dari pihak Majlis Belia Negeri Perak dan kedua-dua belah pihak akan berbincang semula mengenai perancangan bagi memastikan program yang dilaksanakan di negeri Perak berimpak tinggi hasil daripada pembangunan modal insan dalam kalangan sukarelawan di negeri Perak.
Terima kasih kepada pihak Majlis Belia Negeri Perak kerana memberikan buah fikiran dan sudi bekerjasama dengan pihak PASAK dalam menjayakan program-program PASAK.
PASAK sangat terbuka dalam menerima kunjungan daripada mana-mana pihak khususnya yang melibatkan sukarelawan di peringkat belia untuk diberikan latihan dan seterusnya menjayakan pelbagai program yang diadakan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*