PERTEMUAN KERJASAMA BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

23 DISEMBER 2020, 11.00 pagi

Pertemuan kali ini melibatkan Tuan Haji Jamil bin Dayan, Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Murid, JPN Perak dan wakil dari PASAK. Tujuan untuk pertemuan kali ini adalah untuk saling memperkenalkan fungsi dan peranan PASAK & perbincangan bagi program Pemetaan Kerjaya (PETA).

Pemetaan Kerjaya (PETA) adalah sebuah program dimana PASAK pergi ke sekolah-sekolah di seluruh negeri Perak bagi memperkenal dan menerangkan kepada para pelajar tentang bidang-bidang kemahiran yang terdapat di Malaysia. Di samping itu, ia juga bagi menggalakkan para pelajar untuk menceburi bidang TVET setelah mereka tamat persekolahan. Program ini juga bagi mendedahkan kepada para ibu bapa pelajar bahawa bidang TVET merupakan antara bidang yang memberi implikasi yang tinggi sekaligus membuka peluang kerjaya luas kepada masa depan pelajar. Bukan itu sahaja, ianya adalah untuk mendapatkan kelulusan bagi menjalankan program PETA tersebut di sekolah-sekolah seluruh Perak.

Selain itu, perbincangan ini juga berfokus kepada kerjasama antara PASAK dan JPN Perak bagi melancarkan perancangan program Pemetaan Kerjaya pada tahun 2021.Terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak kerana memberikan buah fikiran dan sudi bekerjasama dengan PASAK. Kedua-dua belah pihak akan berbincang semula mengenai perancangan bagi memastikan program yang dilaksanakan di sekolah-sekolah negeri Perak berimpak tinggi.

PASAK sangat terbuka dalam menerima kunjungan daripada mana-mana pihak khususnya yang melibatkan sukarelawan di peringkat belia untuk diberikan latihan dan seterusnya menjayakan pelbagai program yang diadakan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*