PERTEMUAN DI ANTARA SEKRETARIAT JAWATANKUASA TVET BERSAMA PEJABAT ADUN LENGGONG (KOTA TAMPAN)

11 Januari 2021 -Lenggong

Kunjungan PASAK bersama-sama Perak Eclat TVET (PET) ke Pejabat ADUN Lenggong (Kota Tampan) lebih kepada diskusi berkaitan program TVET di negeri Perak khususnya di daerah Hulu Perak.Pejabat ADUN Lenggong telah dihadiri oleh Puan Hajjah Rosmaiza iaitu Pegawai Khas Adun Lenggong, Encik Razali, Pegawai Khas Adun Lenggong, Encik Nur Hashuad, wakil Pegawai Belia Sukan Lenggong, serta Encik Ahmad Syahir iaitu Timb Pengerusi MBD Lenggong.

PASAK dihadiri oleh Pengarah PASAK, Tuan Haji Mohd Misbahul Munir, Pengurus Besar PASAK, Encik Fikri, Pengurus Projek PASAK, Encik Zul Iskandar, dan Ketua Unit TVET, Cik Nur Asyikin.Kehadiran oleh Perak Eclat TVET (PET) pula diwakili oleh Encik Azizul selaku Ketua Pegawai Eksekutif PET dan Encik Fadhil.Diskusi dimulakan dengan penerangan latar belakang PASAK serta program-program yang dianjurkan oleh PASAK.Seterusnya, PASAK dan Perak Eclat TVET (PET) selaku Sekretariat Jawatankuasa TVET negeri Perak menerangkan pelaksanaan Kursus Kenderaan Berat Backhoe dan Membaiki Enjin Bot Kecil yang bakal dijalankan di daerah Lenggong.

Dengan adanya perbincangan dan kerjasama erat bersama Pejabat ADUN Lenggong (Kota Tampan) , diharapkan dapat melibatkan masyarakat untuk mendapat latihan dan pendedahan TVET kepada mereka malah dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh masyarakat setempat dalam mendepani situasi pasca COVID-19. Antara kerjasama yang bakal dijalankan bersama pihak Pejabat ADUN Lenggong adalah pelaksanaan Kursus Jentera Berat Beroda dan Kursus Membaiki Enjin Bot Kecil khususnya kerjasama pihak Pejabat ADUN bagi pencarian peserta latihan kursus di sekitar Hulu Perak.Perancangan jalinan kerjasama strategik ini pada masa akan datang pasti memberi manfaat kepada golongan sasaran dan rakyat negeri Perak khusunya dapat memberi peluang kepada penduduk di kawasan sekitar Hulu Perak untuk menambah kemahiran mereka dalam bidang tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*