PERTEMUAN DI ANTARA SEKRETARIAT JAWATANKUASA TVET BERSAMA KKTM LENGGONG

11 Januari 2021 -Lenggong

Kunjungan PASAK bersama-sama Perak Eclat TVET (PET) ke KKTM Lenggong lebih kepada diskusi berkaitan program TVET di negeri Perak khususnya di daerah Hulu Perak.

KKTM Lenggong dihadiri oleh Pengarah KKTM iaitu Tuan Haji Wan Sabri, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akadademik, Encik Asmar, dan Ketua Program Kejuteraan Teknologi iaitu Encik Fauzi.PASAK dihadiri oleh Pengarah PASAK, Tuan Haji Mohd Misbahul Munir, Pengurus Besar PASAK, Encik Fikri, Pengurus Projek PASAK, Encik Zul Iskandar, dan Ketua Unit TVET, Cik Nur Asyikin.Perak Eclat TVET (PET) pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PET iaitu Encik Azizul, Encik Kamarul, Encik Fadhil, dan Encik Khairuddin.Diskusi dimulakan dengan penerangan latar belakang PASAK serta program-program yang dianjurkan oleh PASAK.

Seterusnya, PASAK dan Perak Eclat TVET selaku Sekretariat Jawatankuasa TVET negeri Perak menerangkan berkaitan pelaksanaan Kursus Kenderaan Berat Backhoe dan Membaiki Enjin Bot Kecil yang akan dijalankan di daerah Hulu Perak.Pihak KKTM Lenggong juga mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan oleh KKTM. Dengan adanya perbincangan dan kerjasama erat bersama KKTM Lenggong, diharapkan dapat melibatkan masyarakat untuk diberikan latihan dan pendedahan TVET kepada mereka malah dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh masyarakat setempat dalam mendepani situasi pasca COVID-19.

Pada masa yang sama hal ini mampu menarik orang ramai mendaftar belajar di KKTM melalui kerjasama dan platform yang disediakan oleh PASAK.Antara kerjasama yang bakal dijalankan bersama pihak KKTM adalah pelaksanaan Kursus Jentera Berat Beroda khususnya dalam penyediaan fasiliti serta tempat bagi pendaftaran kursus nanti.Perancangan jalinan kerjasama strategik ini pada masa akan datang pasti memberi manfaat kepada golongan sasaran dan rakyat negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*