PERTEMUAN DAN KUNJUNGAN KERJA KE UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI PERAK

IPOH- 19 MAC 2021, 9.00 PAGI
Kunjungan PASAK kepada UPEN adalah memfokuskan kepada diskusi dua hala antara kedua-dua belah pihak khususnya kepada perancangan dan pelaksanaan program – program anjuran kerajaan Negeri Perak.
Wakil PASAK telah dihadiri oleh Pengarah PASAK, Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki diiringi bersama Penolong Pengurus Projek PASAK, Puan Ng Suat Meay, dan Ketua Unit TVET PASAK, Cik Nur Asyikin binti Thahar.
Wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pengarah UPEN iaitu YBrs. Puan Halizah binti Sipun telah hadir bersama ke dalam mesyuarat pertemuan tersebut.
Antara intipati diskusi adalah berkaitan dengan pencapaian PASAK, Program TVET Pertanian, Program TVET Islamik, Program TVET OKU, Karnival Kerjaya,Sesi Temuduga Moh Kroje dan pelbagai lagi. Pihak UPEN amat menyambut baik program-program yang telah dijalankan oleh PASAK.
Terima kasih kepada pihak UPEN atas kesudian menyambut kunjungan kerja oleh PASAK pada hari ini. Diharapkan dengan hasil perbincangan di antara kedua-dua belah pihak dapat memperkasakan lagi program-program yang akan memberi manfaat kepada masyarakat Negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*