PERJUMPAAN & PEMBENTANGAN PROGRAM KURSUS-KURSUS PERTANIAN OLEH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IPOH – 29 JULAI 2020, 11.00 PAGI

Perjumpaan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak dan pihak PASAK telah memberi fokus kepada pembentangan kursus latihan usahawan tani dan kursus inkubasi dalam jangka masa pendek yang ditawarkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM).

Perjumpaan yang telah berlangsung ini bertempat di Bangunan SUK Perak telah dihadiri oleh tujuh orang wakil dari Universiti Putra Malaysia (UPM), lima wakil dari Sekretariat Jawatankuasa TVET negeri Perak dan dua wakil dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Hasil daripada pertemuan yang telah dijalankan ini telah mencetuskan idea bagi menjalinkan kolaborasi di antara pihak UPM dengan Jawatankuasa TVET dalam usaha untuk memperkasakan Perak sebagai negeri pertanian. Kolaborasi ini dirasakan sebagai jalinan hubungan yang mempunyai pelbagai kelebihan. Hal ini kerana terdapat dua model kerjasama yang telah dibentangkan sebelum ini iaitu Program Inkubasi Usahawantani iaitu sebuah program sepenuh masa di dalam jangka masa selama 5/6 bulan yang mempunyai sedikit persamaan dengan apa yang telah dibentangkan oleh pihak UPM.

Program ini akan memberi perhatian secara terus kepada kumpulan sasaran iaitu golongan belia yang berminat tetapi masih belum mengusahakan sebarang projek pertanian. Seterusnya, model kerjasama yang diusulkan adalah sebuah program yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian fokus kerajaan negeri yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam kursus jangka masa pendek.

Perbincangan ini juga dianggap sebagai permulaan awal dalam usaha ke arah menjayakan program TVET Pertanian. Golongan yang disasarkan bukan sahaja melibatkan golongan pekerja yang terjejas akibat covid -19, namun juga berfokus kepada belia yang berminat dan belum melibatkan diri dalam projek pertanian, malahan melibatkan golongan yang telah mengusahakan projek pertanian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*