PERJUMPAAN KERJASAMA BERSAMA INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) SERI ISKANDAR

7 Mei 2021 | 10.00 Pagi

Pada pagi ini pengarah IKBN, Tuan Md Isa bin Ibrahim dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Pelbagai program telah dijalankan oleh IKBN Seri Iskandar berkenaan program Star@u secara percuma kepada belia, perbincangan tentang pengenalan IKBN, kursus yang ditawarkan dan program yang dijalankan. Ini merupakan perjumpaan pertama antara dua belah pihak yang akan membuka lebih banyak peluang kerjasama kemudian. Semoga jalinan kerjasama ini dapat dikembangkan dan juga untuk penyediaan tenaga kerja dalam bidang elektronik dan multimedia.

Pihak PASAK mengucapkan terima kasih kepada pihak IKBN Seri Iskandar yang sudi hadir dan berkongsi serta memberi nasihat kepada pihak PASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*