PERJUMPAAN BERSAMA RED RADAR INTERNATIONAL

  IPOH – 27 JULAI 2020, 10.00 PAGI

Syarikat Redradar International Sdn Bhd adalah merupakan anak syarikat kepada Agensi Pekerjaan RedRadar Sdn Bhd (947667-M). Syarikat ini menjalankan aktiviti merekrut eksekutif dan khidmat rundingan sumber manusia, yang telah ditubuhkan pada tahun 2011.


 

Program RadarKerja adalah sebuah program di bawah syarikat ini yang direka khas untuk Kerajaan Negeri Perak bagi membantu rakyat yang terkesan dengan Covid 19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mendapatkan pekerjaan baharu

Pertemuan ini dihadiri oleh wakil wakil daripada Red Radar International iaitu En Faizal selaku CEO RED RADAR, En Danial sebagai Naib Presiden dan En Azrul sebagai pengarah eksekutif serta barisan wakil daripada sekretariat Jawatankuasa TVET Negeri Perak yang diwakili oleh Encik Mohamad Misbahul Munir dari PASAK dan En Azizul dari Perak Eclat TVET (PET).

 

 

Hasil daripada pertemuan ini juga mencetuskan idea bagi menjalinkan kolaborasi berdasarkan kepada kertas cadangan yang mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan Program Transformasi Tenagakerja seperti mana yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Perak

#TVETIslamik
#TEKNOHAFIZ
#PASAKPerak
#PerakBebasCovid
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#MalaysiaPerangiCOVID19
#PakejRansanganEkonom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*