PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN TEKNOLOGI MALAYSIA

6 APRIL 2021, Pada petang ini

Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) telah membuat kunjungan hormat ke pejabat PASAK. Banyak perkara yang telah dibincangkan serta pandangan daripada pihak TAM berkenaan kesedaran tentang keperluan bidang sains di peringkat awal bermula di sekolah rendah. Pelbagai program telah dijalankan oleh pihak TAM di negeri Perak termasuklah pernah menganjurkan pertandingan robotik di peringkat sekolah dan IPT.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat dikembangkan terutama sekali dalam program yang berkaitan STEM dan juga untuk penyediaan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi.Pihak PASAK mengucapkan terima kasih kepada pihak TAM yang sudi hadir dan berkongsi serta memberi nasihat kepada pihak PASAK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*