PERJUMPAAN BERSAMA INDUSTRI BAGI TAKLIMAT LATIHAN MODULAR

23 APRIL 2021

Pada hari ini telah berlangsung sesi taklimat Program Modular Pacuan IndustriNegeri Perak kepada beberapa buah syarikat dan telah bertempat di Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) . Mesyuarat telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki ( Pengarah PASAK) , Encik Mohd Fikri bin Junit (Pengurus Besar PASAK), Encik Zul Iskandar (Pengurus Projek PASAK), dan Encik Azizul Bin Mohd Othman ( Ketua Eksekutif PET ).

Syarikat yang telah hadir termasuklah The Perak Foundry and Engineering Industries Association (PFEIA), Proweld Training Centre SDN BHD, JY GOH & Co, Sandaran Impian SDN BHD, Jadi Potensi Sdn Bhd, AG Auto Cool, Rizma Auto, Chen & Co Tax Services SDN BHD, dan BG Racing Accessories dan Services.

PASAK dan Perak Eclat TVET (PET) selaku sekretariat Jawatankuasa TVET dan badan pelaksana bagi hal-hal berkaitan TVET di Negeri Perak telah memberi penerangan berkaitan latihan modular yang akan dijalankan. Semoga pertemuan ini dapat melancarkan program sistem modular yang bakal dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada para pencari kerja dan majikan daripad aspek meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan untuk menempatkan diri ke dalam industri sekali gus membantu industri untuk memperoleh tenaga kerja yang komited melalui padanan pekerjaan sebelum latihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*