Perjumpaan antara Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan & Pembangunan Koridor Negeri Perak , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia Negeri Perak, Invest Perak, MIDA Perak, PASAK dan Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd

Taiping, Perak – 25 Februari 2021, 10.30 pagi

Satu pertemuan telah diadakan dan dihadiri oleh YB Dato’ Shahrul Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan & Pembangunan Koridor Negeri Perak , YB Encik Ahmad Saidi, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia Negeri Perak, wakil daripada Invest Perak, MIDA Perak, PASAK dan wakil daripada Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd.

Encik Azman wakil (TTM) membentangkan berkenaan keadaan semasa berkenaan penutupan Silverstone Berhad pada Jun 2021. Seramai 700 pekerja Silverstone Berhad akan diberhentikan. Pihak TTM telah mengambil inisiatif untuk membuka ruang dan peluang kepada pekerja yang diberhentikan dengan mengadakan job fair di kawasan kilang.

Fokus pertemuan ini adalah untuk memberi gambaran secara jelas berkenaan pelaksanaan program di PASAK dan peranan kerajaan negeri untuk membantu semua pekerja terjejas ini.Diharapkan hasil pertemuan ini dapat membantu semua pekerja yang terjejas untuk mendapatkan pekerjaan yang baharu dan dapat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi. PASAK juga akan memberi khidmat yang terbaik kepada semua rakyat negeri Perak dari semasa ke semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*