Perbincangan Usahasama Antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Northern Corridor Economic Region (NCER)

IPOH – 19 OGOS 2020, 11.00 PAGI

Satu perbincangan lanjutan telah diadakan antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Northern Corridor Economic Region (NCER) di pejabat baru PASAK. Mesyuarat ini adalah lanjutan daripada perbincangan yang dijalankan sebelum ini. Sedia maklum bahawa, PASAK dan NCER mempunyai hala tuju yang sama dalam usaha membangunkan semula ekonomi serta membantu pihak-pihak yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.Perbincangan kali ini lebih memberi perhatian kepada perancangan gerak kerja yang akan dijalankan. Lebih banyak persetujuan dan kata sepakat yang dicapai dalam memastikan perancangan jangka panjang dapat dijalankan dengan lebih teratur dan lancar.

Perbincangan ini juga membawa kepada perancangan menjalankan program peluang kerjaya dengan syarikat dibawah NCER dan kolaborasi daripada pihak PASAK dalam masa terdekat ini. Lebih banyak peluang pekerjaan akan dicipta untuk wilayah Utara Malaysia khususnya di negeri Perak.Pada masa yang sama juga, beberapa program jangka panjang juga telah dibincangkan bagi menangani masalah ekonomi antaranya isu pengangguran dan sektor perindustrian yang terjejas serta rencana menarik peluang pelaburan jangka masa panjang ke negeri Perak.

Semoga dengan adanya jalinan kerjasama serta pelan pelan strategik yang dirancang antara PASAK dan NCER ini akan dapat membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*