PERBINCANGAN STRATEGIK ANTARA PUSAT ASPIRASI ANAK PERAK (PASAK) BERSAMA EUNOIA CX SDN BHD

IPOH – 7 JANUARI 2021, 2.00 PETANG

Satu perbincangan antara PASAK dan Eunoia CX Sdn Bhd telah dijalankan bagi merancang kerjasama strategik pada masa akan datang. Pihak PASAK diketuai oleh Encik Fikri sebagai Pengurus Besar PASAK dan disertai oleh Encik Zul Iskandar, Puan Suat Meay, Cik Ina dan Cik Kaza. Manakala, pihak Eunoia CX Sdn Bhd pula diwakili oleh Encik Chan Fook Yee dan Cik Samantha Lee.

Perbincangan dimulakan dengan pengenalan berkenaan Eunoia CX oleh Encik Chan dan seterusnya pengenalan PASAK oleh Encik Fikri. Pengenalan ini telah membawa kepada perbincangan yang menjurus kepada isu-isu dalam industri. Hal ini termasuklah cabaran yang dihadapi oleh majikan, sikap pekerja tempatan dan bagaimana keadaan ini boleh diatasi.Diharapkan dengan adanya perbincangan seperti ini dapat membuka peluang-peluang baru kepada semua lapisan masyarakat umumnya dan kepada penduduk Perak khususnya.

Kazashahirah Zamri

Pelajar Industri PASAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*