Perbincangan santai bersama persatuan – persatuan belia di daerah Muallim

TANJUNG MALIM – 13 OGOS 2020

Perbincangan kali ini melibatkan wakil PASAK, Wakil GPMS, MBD dan Persatuan E SPORTS dan beberapa lagi wakil belia di Daerah Muallim. Tujuan perbincangan pada kali ini adalah untuk memperkenalkan semula PASAK yang telah distruktur semula peranan serta objektifnya di bawah Portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO & Masyarakat Sivil Negeri Perak. Bukan itu sahaja, pihak PASAK juga ingin menjemput mereka untuk menghadiri program Akademi Bina Insan iaitu Kursus Bina Potensi Anak Muda di Tanjong Malim pada 23 Ogos 2020 ini.

Pihak PASAK amat menghargai segala buah fikiran dan idea di peringkat anak muda bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan sebaiknya. Selain itu, PASAK juga amat berbesar hati atas kerjasama yang diberikan oleh persatuan belia di daerah Muallim bagi membantu PASAK dalam menjayakan program-program yang akan dilaksanakan kelak.

Semoga jaringan persaudaraan antara PASAK dan juga persatuan belia di daerah Muallim ini dapat terus kekal serta memberi manfaat bersama antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*