Perbincangan Lanjut Bersama Pihak Imperial Garments Sdn Bhd

IPOH – 14 SEPTEMBER 2020, 1.00 PETANG

Pertemuan kali ini bersama – sama ketua unit / bahagian di Imperial Garments Sdn Bhd. Perbincangan ini dimulai dengan pengenalan PASAK oleh Pengurus projek seterusnya berkenaan program yang sedang dijalankan sehingga ke hari ini. Melalui perbincangan ini, pihak PASAK telah menyenarai pendek 10 majikan yang telah dihubungi dan bersedia untuk menerima pekerja – pekerja terjejas daripada Imperial Garments Sdn Bhd.

Melalui maklum balas semua ketua unit / bahagian, pihak PASAK akan mengadakan kerjasama yang lebih erat bersama bahagian sumber manusia untuk memastikan semua pekerja yang terjejas ini mendapat peluang pekerjaan atau kerjaya yang baru.

Perbincangan yang dijalankan ini diharapkan dapat memberikan sinar kepada mereka yang terjejas. Diharapkan dengan adanya perbincangan antara pihak PASAK dan ketua unit / bahagian ini akan memberi maklum balas yang positif dalam usaha membantu semua pekerja yang terjejas terutama sekali di Imperial Garments Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked*